Hello HD

Hello HD merupakan salah satu saluran bersifat keluarga yang terdapat dalam stesen berbayar Malaysia, Astro. Saluran ini bersiaran di saluran 110 (Kini di saluran 702 dari 1 April 2020). Saluran ini memulakan siaran pada 7 Ogos 2018.Hello tersedia dalam HD untuk semua penonton di Astro dan NJOI Prabayar, dan Astro GO. Hello akan menawarkan sesuatu untuk semua orang dalam keluarga - pilihan kandungan antarabangsa seperti siri bahasa Inggeris, kartun dan pertunjukan pelbagai, drama Korea yang popular, filem serantau dan Eropah; dan beberapa rancangan dan berita terkini yang dihasilkan secara tempatan.